3/13/15

ZOOM A - Pelajaran Interaktif Melalui Internet

Zoom-A ialah program pembelajaran secara interaktif melalu internet. Program pembelajaran yang dirancang rapi , bersistematik , efisien dan efektif ini adalah antara pembelajaran interaktif yang tercanggih di Malaysia.

Program ini lahir daripada hasil perkongsian bijak Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) dan One Touch Education Sdn.Bhd untuk menyahut seruan kerajaan ke arah perluasan Sekolah Bestari.

Portal Zoom-A bukan sahaja mengandungi bahan latihan dan ujian untuk murid , malah menyediakan pelbagai aplikasi yang dapat membantu meningkatkan prestasi murid.

Laman Web Zoom- A


Login menggunakan password yang diperoleh setelah mendaftar.


Untuk menjawap soalan , klik Zoom-A seperti yang telah ditandakan


Terdapat lima bentuk latihan / soalan yang disediakan

  • Gedung soalan tapikal 
  • Gedung soalan klon
  • Gedung soalan kemahiran
  • Penilaian mengikut aras 
  • Pemelajaran Interaktif Terkini


Di sini para pelajar boleh memilih bentuk soalan yang ingin dijawap sama ada topikal , klon atau ujian. Kemudian, bolehlah murid menjawap soalan-soalan yang telah dipilih.

Murid-murid boleh melanggan pakej pembelajaran Zoom-A ini dengan mendaftar melalui pihak sekolah atau boleh mendaftar terus secara online. Yuran langganan hanya rm20 setahun dan terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga 6. Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut , sila layari laman web Zoom-A di SINI 

Harap semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 boleh mendapat manfaat daripada program Zoom-A. Guru-guru juga boleh menggunakan aplikasi ini sebagai bahan bantu mengajar atau sebagai latihan untuk murid-murid. 

P/s : SEGALANYA DI HUJUNG JARI ANDA.

About the Author

SK Peringgit

Author & Editor

Admin (JURUTEKNIK KOMPUTER) yang menguruskan kemaskini, menyelenggara dan menaik taraf sistem blog SK.PERINGGIT MELAKA.

 

. © 2015 - Designed by Templateism.com, Distributed By Blogger Templates