4/22/15

PROGRAM GURU PENYAYANG

Majlis perasmian Program Guru Penyayang telah berlangsung pada 2 Mac 2015.


Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah. Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid meripakan rahmat kepada sekolah, menyedari setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibubapa, komuniti, dan masyarakat kepada sekolah.


                       

                       

Bersempena Program Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan pada bulan Mac tahun ini, Sk.Peringgit Melaka telah memilih aktiviti yang berkonsepkan penyayang dan kemesraan kepada murid. Program yang dijalankan bertemakan " Sambutan Hari Lahir ".



Antara aktiviti yang telah dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah ini 
ialah :-
  1. Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid .
  2. Menyambut Hari Lahir (memberi hadiah) .
  3. Program Mentor Mentee .



About the Author

SK Peringgit

Author & Editor

Admin (JURUTEKNIK KOMPUTER) yang menguruskan kemaskini, menyelenggara dan menaik taraf sistem blog SK.PERINGGIT MELAKA.

0 comments:

Post a Comment

 

. © 2015 - Designed by Templateism.com, Distributed By Blogger Templates