3/5/15

1 BESTARINET FROG VLE



Apakah itu projek 1BestariNet?

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.Di bawah projek ini , sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan di lengkapi dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai Kami .

Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?

Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran , pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet menerusi Virtual Learning Environment (VLE) , yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?



Di Kawasan Sekolah : Akses dan Keselamatan 

Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

Di Luar Kawasan Sekolah : Fleksibiliti dan Mobaliti

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah.Fail dan data yang disimpan dicloud bole diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada cas yang dikenakan bagi penggunaan VLE.


Apakah itu Frog VLE?

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai internet. Bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawaha satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kelendar sekolah dan memaparkan notis melalui internet. Frog VLE boleh diakses dimana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan internet.

Kenapa perlu menggunakan Frog?

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna.Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidkan untuk membekalkansistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tengtang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya. Ketahui lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton video-video  ini,

Bagaimana Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.
Menjimatkan masa dan usaha : Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi : Frog VLE juga menghubungkan para pendidik diseluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.
Belajar diluar sempadan : Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, dimana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.
Menarik dan menambat perhatian : Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.
Platform pembelajaran yang terbukti : Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan dilebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang perlaksanaan projek 1BestariNet?

Laman komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan denagn bersambung dengan para pendidik lain diseluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat denga forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan metarial lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik. The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.

Info lanjut sila layari :


About the Author

SK Peringgit

Author & Editor

Admin (JURUTEKNIK KOMPUTER) yang menguruskan kemaskini, menyelenggara dan menaik taraf sistem blog SK.PERINGGIT MELAKA.

 

. © 2015 - Designed by Templateism.com, Distributed By Blogger Templates