3/4/15

PROFILE




SEJARAH PENUBUHAN SEK KEB PERINGGIT MELAKA

TAHUN 1800 > Sekolah telah di tubuhkan (bangunan kayu)
TAHUN 1963 > Sekolah tgelah mendapat bangunan baru (mendapat blok bangunan baru 2 tingkat)
TAHUN 1980 > Suatu perubahan fizikal yang baru. (bangunan asal dan rumah guru dimusnahkan bagi pembinaan blok bangunan 2 tingkat)
TAHUN 1987 > Sekolah telah dinaikkan taraf sekolah gred B
TAHUN 1993 > Sekolah menjadi 2 sessi padi dan petang.
JULAI 1993 > Pembinaan blok bangunan 4 tingkat di mulakan.
SEPTEMBER 1994 > Penyelenggaraan bangunan sekolah oleh pihak JKR.
17 Disember 1994 > Penyerahan kunci oleh pihak JKR Melaka.
21 April 1995 > Bangunan baru telah dirasmikan oleh YB.Datuk Mohd.Zin Bin Abdul Ghani Ketua Menteri Melaka.
TAHUN 1995 > Sekolah telah dinaikkan taraf sekolah gred A.

Nama Sekolah Kebangsaan Peringgit adalah nama sempena nama Feringgi yang tinggal di kawasan ini semasa menakluk Melaka.

MISI SEKOLAH 
Memberikan pendidikan yang terbaik untuk melahirkan anak-anak yang tedidik , berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia , dan bertanggungjawap kepada keluarga , masyarakat dan negara . 

VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Peringgit berhasrat melahirkan individu yang boleh memberi sumbangan cemerlang kepada negara.

MATLAMAT SEKOLAH 
Melahirkan murid-murid yang cemerlang di bidang akademik , kokurikulum , akhlak dan disiplin selaras dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan. 

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Peringgit dengan penuh tanggungjawap berikrar akan : 
** Sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti.
** Memastikan semua murid menerima pendidikan yang sempurna dan diberi peluang yang sama dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.
**Mengutamakan perpaduan dan mengamalkan kerja berpasukan dan budaya kerja yang cemerlang.
**Bersedia menerima pandangan , cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak secara positif dan terbuka demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
**Mengiktiraf peranan dan sumbangan PIBG dalam usaha memajukan sekolah.

FALSAFAH SEKOLAH 
          Pendidikan di sekolah adalah satu proses mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , emosi , rohani dan jasmani. Tujuannya adalah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan , berakhlak mulia , bertanggungjawap , berdikari serta memberi sumbangan kepada keluarga , masyarakat dan negara.
-Hasrat ini akan tercapai dengan sikap dedikasi kepada kecemerlangan sekolah , memperbaiki hubungan dua hala , hormat menghormati , penuh komitmen , merancangan kecemerlangan melalui kerjasama. 




About the Author

SK Peringgit

Author & Editor

Admin (JURUTEKNIK KOMPUTER) yang menguruskan kemaskini, menyelenggara dan menaik taraf sistem blog SK.PERINGGIT MELAKA.

 

. © 2015 - Designed by Templateism.com, Distributed By Blogger Templates