10/19/11

Pada 10 Oktober 2011.Sekolah Kebangsaan Peringgit telah menganjurkan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Sekolah.Dirasmikan oleh wakil dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur.

Projek ini dilaksanakan dengan objektif untuk

1- mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan warga sekolah
2- mengenali dan menghayati seni Bahasa Melayu dan
3- melahirkan rasa kecintaan terhadap Bahasa Melayu.

Program ini juga dilaksanakan bermatlamat untuk :

1- memantap,memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan cinta Bahasa Melayu
2- berasa megah terhadap bahasa kebangsaan
3- mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan dan
4- menyemarakkan Bulan Bahasa Kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Anjuran : Panitia Bahasa Melayu,Persatuan Bahasa Melayu,Pusat Sumber sekolah.
Lokasi : Dewan Sekolah Kebangsaan Peringgit Melaka.













Lirik Lagu Budi Bahasa Budaya Kita

Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
c/o
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas

Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
Marilah amlakan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Marilah mari rakyat semua
Buktikan taat setia dengan satu bahasa
Maju bangsa dan maju negara
Megahkan bahasa kita
Bahasa Jiwa Bangsa

PELANCARAN BULAN BAHASA

Pada 10 Oktober 2011.Sekolah Kebangsaan Peringgit telah menganjurkan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Sekolah.Dirasmikan ole...

2/9/11




Jawatan kuasa kurikulum Sekolah Kebangsaan Peringgit tahun 2011


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Jawatan kuasa kurikulum Sekolah Kebangsaan Peringgit tahun 2011
MATLAMAT
  • Melahirkan murid menguasai kemahiran 3M
  • Murid berkemampuan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian
  • Membina budaya gemar membaca
  • Murid mampu berkomunikasi dengan bahasa yang betul
  • Meningkatkan kebolehan murid dalam menguasai ICT dengan baik
  • Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kreatis
  • Memupuk semangat untuk mengusai dan menambah pengetahuan serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
  • Melahirkan pelajar cemerlang,beriman dan berakhlak mulia
OBJEKTIF
  • Meningkatkan pencapaian UPSR
  • Meminimumkan Linus Tegar
  • Murid boleh menguasai jawi dan Al-Quran dengan baik
  • Pelaksanaan program NILAM dengan cara berkesan
STRATEGI
  • Mengamalkan murid membaca ketika waktu senang
  • Merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa
  • Mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan/pemulihan dan menyuburkan potensi murid
  • Penghargaan kepada murid yang ada peningkatan pencapaian dan cemerlang dalam akademik

Perancangan Kurikulum 2011

MATLAMAT Melahirkan murid menguasai kemahiran 3M Murid berkemampuan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharia...

 

. © 2015 - Designed by Templateism.com, Distributed By Blogger Templates